background





Wednesday, February 23, 2011

Kita Perantau...


daripada Abdullah Ibn Umar Radiyallah 'Anhuma,
katanya:

Rasulullah S.A.W. memegang bahuku seraya bersabda:

Jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau.

Ibn Umar berkata:

Apabila kamu berada pada waktu petang,
janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi.

Apabila kamu berada pada waktu pagi,
jangan tunggu menjelangnya waktu petang.

Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu
sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan
semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.

(Hadis Riwayat Bukhari)


Intisari hadith:

1- Rasulullah S.A.W. menganjurkan agar kita menganggap
dunia ini sebagai tempat persinggahan semata.

2- Sesungguhnya, kehidupan yang kekal abadi hanyalah di
akhirat nanti.

3- Kehidupan kita ibarat kehidupan seorang perantau
yang singgah di tempat persinggahannya(ad dunia)
untuk mengumpul bekalan buat perjalanannya
yang masih jauh (al akhirah).

4- Ambil dan manfa'atilah peluang semasa kita masih sihat
dan masih hidup untuk mengumpul dan mencukupkan bekalan
akhirat.

5- Sebagai individu Muslim, kita MESTIlah menghargai masa
dan tidak melengah-lengahkan urusan yang baik.


* Cebisan pepatah 'arab....

"Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin,
maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih
jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia"

WalLahu'alam bishowab.

No comments: