background





Monday, January 31, 2011

'terrorist' dan Islam




Baru2 ini...aku dan group assignment (Psychology) telah di amanahkan untuk membuat prgram...target prgram ini adalah para remaja di sekitar Gombak..Assignment ni, salah satu assessment untuk subjek Adolescent Psychology...

mulanya..
agak susah untuk mencari remaja2 yg perlu jd partcipant dalam prgram kami... nak cari sekolah yg sesuai, bilangan pelajar terlalu ramai...tak cukup tenaga kerja memandangkan kami satu group hanya ada 6 orang.... lastnya dalam pencarian, kami mendapat idea untuk jalankan pgram di rumah anak2 yatim atau rumah amal yg berdekatan....bilangan mereka, gender,demographic background, range umur n pelbagai perkara tentang diorang perlu kami amik kira...

beberapa kali usaha mendapatkan kerjasama dari beberapa buah rumah gagal.. kerana mereka dah mempunyai pgram lain, alhamdulillah....berkat pertolongan salah seorng rakanku yg selalu membuat prgram2 amal di sekitar Gombak...dia telah memberikan aku nama dan alamat untuk aku hubungi pihak rumah tersebut...alhamdulillah...kali ni berhasil...untukmu, Terima kasih sahabat!...

setelah berjumpa dengan tuan rumah bersama dengan proposal lengkap mengenai prgram...kami dibenarkan untuk menjalankan aktiviti disana...
prgram yg kami buat, atas kehendak pihak rumah amal sendiri...adalah program Bahasa Inggeris....=D kat sini, kami satu group kena bg pendedahan kpd remaja2 berkenaan tentang pentingnya Bahasa Inggeris kpd kita sehari2an...walaupun mereka dah pun penah belajar bahasa Inggeris,tapi banyak dikalangan mereka dah lupa sb dah lama tinggal....

Mereka lebih pentingkan Bahasa Arab sb nak lanjutkan pelajaran di Timur Tengah... slpas bbrapa slot kami berikan pendedahan tentang kepentingan bahasa kedua dunia ini, mereka akur....Bg aku, bukan mudah nak ubah mind set tp Alhamdulillah...serba sedikit, kami boleh dikatakan berjaya...

yg paling menarik aku nak kongsikan disini..tentang satu vocab yg entah dr mana aku ambil...perkataan "terrorist"...

aku bertanya kepada mereka...."adik2...siapa kata Islam itu Terrorist???".......keadaan senyap...takde jawapan...kali kedua...aku suruh dorg angkat tangan...sekali lg aku tanya...."adik2....siapa kata Islam tu terrorist....?" kali ni.... kesemua mereka....kesemuanya mereka angkat tangan....takde seorang pun yg tak angkat tangan tanda setuju yg islam tu terrorist...!
aku pelik.... kawan2 ku yg len jugak turut pelik....
untuk dapatkan kepastian....aku tanya...

"Apa maksud terrorist dik...?" aku tnye pd diorang...salah sorang menjawab dan yg lain menggangguk2 kepala tanda setuju..."Terrer(aku pun tak tau nak eja cmne) la kak....terrer! islam kan terrer!"

MasyaAllah! patutlah semua angkat tangan....tak faham maksud rupanya...=D
tp xpe...tujuan aku n kawan2 disana memang untuk mengajar, so selagi ada kudrat, kami akan cuba sehabis baik...

Kat sini, aku terangkan kepada mereka makna ''terrorist"... supaya lepas ni mereka tak salah faham lg...diakhir slot tu, aku ingatkan lagi...bertapa pentingnya bahasa Inggeris...untuk tujuan Da'wah pun perlu Bahasa Inggeris....kita jugak akan mudah terlepas peluang berda'wah kalu tak pandai bercakap n cuba memahami bahasa Inggeris....rugi....rugi....dan rugi.....

yg paling penting....kalupun kita tak pandai memberi hujah tentang kecantikan Islam tu, jangan pula kita menjadi org yg menyokong kata2 kesat pd agama kita...sedih....

seminggu selepas itu, kami pergi lg ke rumah amal tersebut....untuk meneruskan sesi pembelajaran...nampak je remaja2 tersebut, aku memberi salam dan bertanya khabar mereka...

seterusnya....aku bertanya....."Hari ni, siapa kata islam tu terrorist....?"
kali ni, mereka tergelak kecil sambil memandang satu sama lain sambil tersipu2 malu memandangku...kali ni.....alhamdulillah..tiada seoarng pun yg mengangkat tangan..salah seorang diantara mereka berkata... "ISLAM IS PEACE!!!"...Aku menghembus nafas legaa..Alhamdulillah ya Tuhan...=D

Sambutan tahun Baru





Sambutan Tahun Baru di kalangan anak muda Beragama Islam...

Aku bersama beberapa org kawan telah berkonvoi beramai2 dengan beberapa buah kereta dari UIA-Seremban...seronok....seronok sangat2....sb aku bersama2 mereka rakan2 usrahku... alhamdulillah...

tp apa yg aku nak kongsikan kat sini.....
di pagi2 hari keesokan harinya setelah bermalam di Seremban,
kami semua plan, nak g ke tepi pantai...Nak bc mathurat sama2 sebelum main aktiviti riadah bersama2.... tp sampai je kami di sana...aku sangkakan kami kumpulan terawal datang ke pantai tersebut kerana jam di tangan masih menunjukkan pukul 6.30pg..masih gelap....tp sangkaanku salah....aku hairan melihat banyak motor2 dan kereta yg ada disana..rupa2nya, masih ada kumpulan yg lebih awal sampai di pantai tersebut sebelum kunjungan kami... 'tuan rumah' yg terlalu ramai, lelaki dan perempuan....menyambut ketibaan kami...

mereka masih tidur di tepi2 pantai dan di dataran2 yg ada..aku cakap kepada rakanku 'mungkin mereka menyambut tahun baru kat sini...bermalam kat sini...harap2 mereka bukan Melayu'...ttb ada 5 atau 6 orang lelaki terjaga dan bangun dari tidur di dataran2 terbuka di sana..berbantaikan lengan..berlantaikan simen yg dipenuhi pasir2..berbumbungkan langit....aku melihat mereka dari jauh....Melayu! astaghfirullah....!Ya Allah! apa nak jadi dengan anak2 melayu sekarang...? aku tersentak dan sangat2 terkejut dengan keadaan di tepi pantai di sana...semangat nk membaca mathurat dan bersuka2 bersama2 kawan, terus hilang entah mengapa....

apa yang ku lihat, terdapat ramai lelaki dan perempuan, tidur bergelimpangan di dataran2 yg ada di pantai tersebut...menyedihkan lg, ramai dan sangat ramai dikalangan mereka, siap menyewa hotel2 murah disana...

kami berjalan lg...mencari2 tempat yg sesuai untuk aktiviti kami....tak semudah yg kami rancang, pencarian tempat untuk kami menjalankan aktiviti memekan masa terlalu lama... lantaran mengelak anak2 Melayu muda mudi yg sedang tidur bergelimpangan di sana sini....

aku melihat ke sana ke sini...pandanganku tertumpu kepada beberapa buah khemah kecil yg ada di satu tempat...aku menoleh lg...hatiku bagai terhenti berdegup...MasyaAllah! lelaki dan perempuan tidur di dalam satu khemah! aku tak pernah tengok keadaan yg sebegitu sebelum ini.... aku doakan mereka semua yg berada di bawah satu khemeh itu, telah berkahwin...moga2 tekaanku tepat....cuba berhusnuzzan....aku harapkan tiada lg kejutan buat kami selepas ini sepanjang usaha mencari tempat...namun, sangkaanku sekali lg meleset...

disana....aku temui bnyak....sangat banyak botol2 dan tin2 minuman keras yg ditinggalkan di tepi2 pantai...merata2....ada yg tin yang bewarna hijau, coklat dan....sebagainya...aku tak berapa nampak sb dah tertimbus dengan pasir pantai..ada juga diantara mereka yg tidur sambil tin2 dan botol2 arak berselerak di tepi mereka..keadaan ini buat aku sedih bertambah sedih....

lebih kurang jam 7.30pg...kami temui tempat untuk menjalankan aktiviti...agak tersorok...agak jauh dari tempat kami parking kereta...hanya untuk mengelak kehadiran mereka2 yg sedang tidur di sepanjang kawasan tersebut....

sambil membaca mathiurat, ada diantara mereka y sebelumnya nyenyak tidur...dah pun bangun...berjalan2 ditepi pantai...bersama2 pasangan masing2, jalan berpimpin tangan sepanjang jalan.... sampai di depan tempat kami duduk membaca mathurat beramai2....mereka seolah2 pelik melihat kami...mungkin mereka tidak tahu apa yg kami sedang bc....mataku melirik ke arah mereka... sambil hati mendoakan, moga mereka adalah suami dan isteri...
tapi untuk botol2 dan tin2 arak yg bergelimpangan, aku tak mampu nak berhusnuzzan lg...aku terkejut...aku sangat2 terkejut....

sesudah membaca ma'thurat...kami beriadah bersama2...dan terus mengmbil keputusan untuk terus pulang ke tempat penginapan...

dalam fikiranku...aku teringatkan mereka semua yg menyambut ketibaan kami di pantai tadi...kalau di UIA, tempat yg baik....persekitaran yg baik...alhamdulillah...jarang terdengar masalah yg sebegini...menyedari hakikat masyakat diluar, aku yakin mereka memerlukan pentarbiyahan....patut lah orang selalu cakap, hidup diluar semakin mencabar....usrah dan da'wah juga begitu...aku yakin..aku yakin masih bnyk cabaran diluar sana yg menanti...apa2 pun, aku doakan semuanya yg kita usahakan demi agama ini, Allah berkati...ameen
Sahabat...

Seelok elok sahabat adalah yang baik perangai dan elok budi pekerti...


Barakallulakuma...

Musim cuti adalah musim sahabat2 bujang melangsungkan perkahwinan...
alhamdulillah....Sekarang ni, makin ramai sahabat2 kat sekolah dulu, nak kahwin...maklumlah....musim cuti....tahniah kepada semua....(saya belum tentu lagi bila...masih berdoa pada Allah...Masih bnyak perkara perlu dipelajari...) Berbalik kepada soal perkahwinan tadi, saya doakan kalian bahagia dunia akhirat....bersama2 pasangan masing2....moga dia menjadi pendamping terbaik untuk anda semua....

"Tercipta engkau dari rusuk lelaki....bukan dari kaki untuk di alasi...bukan dari kepala untuk dijunjung....tapi dekat di bahu untuk dilindung....dekat jua di hati untuk dikasi...Engkaulah wanita hiasan duniawi..."





"Hidup tidak selalunya indah, langit ak selalu cerah...suram malam tak berbintang...itulah lukisan alam.."

tetiba terdengar sayu lagu ni... teringat suka duka menjadi pelajar di Uia...terlalu banyak dugaab=n dan cabaran pelajar perlu ku tempuh...pejam celik pejam celik, dah nak masuk 6 tahun....MasyaAllah lamanya...apa pun, masa di UIa hanya tinggal 2 bulan dengan izin Allah Taala... Seronok rasa hati...memendangkan dah nak habis belajar...tapi dalam masa yang sama....sedih sangat sangat nak tinggalkan rakan-rakan seperjuangan...terlalu bnyak...terlalu bnyak dugaan kita dah lalui bersama2...paling menyedihkan, nak tinggal barisan2 penyebar da'wah di Uia... Rakan seperjuangan....andai da'wah ini mudah, pasti dah ramai yang dah ikut....sedih pedih perit semuanya dah dihadapi... tapi hakikat da'wah ini tak menjaminkan kita hanya perlu berpeluk tubuh, bergoyang kaki....perjuangan Nabi dalu pun, lebih bnyak cabaran dan duugaan....apa lah sangat nak dibandingkan dengan usaha atau keringat kita yang sekelumit cuma...masih di tahap yang lemah untuk diri ini...sedih...malunya ya Allah....tak de apa yang ku hulurkan untuk membantu Islam untuk masa kini....Takut ditanya di Mahsyar, apa harus ku jawab....

apa pun, walaupun dah habis Uia nanti, aku perlu sambung perjuangan ini walau dengan siapa sekalipun teman seperjuanganku...aku yakin, dimana pun kita... Matlamat kita sama..Kita mempertahankan agama...Moga usaha ini sentiasa di bawah Rahmat Allah Taala....Ameen