background





Monday, January 31, 2011

'terrorist' dan Islam




Baru2 ini...aku dan group assignment (Psychology) telah di amanahkan untuk membuat prgram...target prgram ini adalah para remaja di sekitar Gombak..Assignment ni, salah satu assessment untuk subjek Adolescent Psychology...

mulanya..
agak susah untuk mencari remaja2 yg perlu jd partcipant dalam prgram kami... nak cari sekolah yg sesuai, bilangan pelajar terlalu ramai...tak cukup tenaga kerja memandangkan kami satu group hanya ada 6 orang.... lastnya dalam pencarian, kami mendapat idea untuk jalankan pgram di rumah anak2 yatim atau rumah amal yg berdekatan....bilangan mereka, gender,demographic background, range umur n pelbagai perkara tentang diorang perlu kami amik kira...

beberapa kali usaha mendapatkan kerjasama dari beberapa buah rumah gagal.. kerana mereka dah mempunyai pgram lain, alhamdulillah....berkat pertolongan salah seorng rakanku yg selalu membuat prgram2 amal di sekitar Gombak...dia telah memberikan aku nama dan alamat untuk aku hubungi pihak rumah tersebut...alhamdulillah...kali ni berhasil...untukmu, Terima kasih sahabat!...

setelah berjumpa dengan tuan rumah bersama dengan proposal lengkap mengenai prgram...kami dibenarkan untuk menjalankan aktiviti disana...
prgram yg kami buat, atas kehendak pihak rumah amal sendiri...adalah program Bahasa Inggeris....=D kat sini, kami satu group kena bg pendedahan kpd remaja2 berkenaan tentang pentingnya Bahasa Inggeris kpd kita sehari2an...walaupun mereka dah pun penah belajar bahasa Inggeris,tapi banyak dikalangan mereka dah lupa sb dah lama tinggal....

Mereka lebih pentingkan Bahasa Arab sb nak lanjutkan pelajaran di Timur Tengah... slpas bbrapa slot kami berikan pendedahan tentang kepentingan bahasa kedua dunia ini, mereka akur....Bg aku, bukan mudah nak ubah mind set tp Alhamdulillah...serba sedikit, kami boleh dikatakan berjaya...

yg paling menarik aku nak kongsikan disini..tentang satu vocab yg entah dr mana aku ambil...perkataan "terrorist"...

aku bertanya kepada mereka...."adik2...siapa kata Islam itu Terrorist???".......keadaan senyap...takde jawapan...kali kedua...aku suruh dorg angkat tangan...sekali lg aku tanya...."adik2....siapa kata Islam tu terrorist....?" kali ni.... kesemua mereka....kesemuanya mereka angkat tangan....takde seorang pun yg tak angkat tangan tanda setuju yg islam tu terrorist...!
aku pelik.... kawan2 ku yg len jugak turut pelik....
untuk dapatkan kepastian....aku tanya...

"Apa maksud terrorist dik...?" aku tnye pd diorang...salah sorang menjawab dan yg lain menggangguk2 kepala tanda setuju..."Terrer(aku pun tak tau nak eja cmne) la kak....terrer! islam kan terrer!"

MasyaAllah! patutlah semua angkat tangan....tak faham maksud rupanya...=D
tp xpe...tujuan aku n kawan2 disana memang untuk mengajar, so selagi ada kudrat, kami akan cuba sehabis baik...

Kat sini, aku terangkan kepada mereka makna ''terrorist"... supaya lepas ni mereka tak salah faham lg...diakhir slot tu, aku ingatkan lagi...bertapa pentingnya bahasa Inggeris...untuk tujuan Da'wah pun perlu Bahasa Inggeris....kita jugak akan mudah terlepas peluang berda'wah kalu tak pandai bercakap n cuba memahami bahasa Inggeris....rugi....rugi....dan rugi.....

yg paling penting....kalupun kita tak pandai memberi hujah tentang kecantikan Islam tu, jangan pula kita menjadi org yg menyokong kata2 kesat pd agama kita...sedih....

seminggu selepas itu, kami pergi lg ke rumah amal tersebut....untuk meneruskan sesi pembelajaran...nampak je remaja2 tersebut, aku memberi salam dan bertanya khabar mereka...

seterusnya....aku bertanya....."Hari ni, siapa kata islam tu terrorist....?"
kali ni, mereka tergelak kecil sambil memandang satu sama lain sambil tersipu2 malu memandangku...kali ni.....alhamdulillah..tiada seoarng pun yg mengangkat tangan..salah seorang diantara mereka berkata... "ISLAM IS PEACE!!!"...Aku menghembus nafas legaa..Alhamdulillah ya Tuhan...=D

No comments: