background





Monday, January 31, 2011

Sambutan tahun Baru





Sambutan Tahun Baru di kalangan anak muda Beragama Islam...

Aku bersama beberapa org kawan telah berkonvoi beramai2 dengan beberapa buah kereta dari UIA-Seremban...seronok....seronok sangat2....sb aku bersama2 mereka rakan2 usrahku... alhamdulillah...

tp apa yg aku nak kongsikan kat sini.....
di pagi2 hari keesokan harinya setelah bermalam di Seremban,
kami semua plan, nak g ke tepi pantai...Nak bc mathurat sama2 sebelum main aktiviti riadah bersama2.... tp sampai je kami di sana...aku sangkakan kami kumpulan terawal datang ke pantai tersebut kerana jam di tangan masih menunjukkan pukul 6.30pg..masih gelap....tp sangkaanku salah....aku hairan melihat banyak motor2 dan kereta yg ada disana..rupa2nya, masih ada kumpulan yg lebih awal sampai di pantai tersebut sebelum kunjungan kami... 'tuan rumah' yg terlalu ramai, lelaki dan perempuan....menyambut ketibaan kami...

mereka masih tidur di tepi2 pantai dan di dataran2 yg ada..aku cakap kepada rakanku 'mungkin mereka menyambut tahun baru kat sini...bermalam kat sini...harap2 mereka bukan Melayu'...ttb ada 5 atau 6 orang lelaki terjaga dan bangun dari tidur di dataran2 terbuka di sana..berbantaikan lengan..berlantaikan simen yg dipenuhi pasir2..berbumbungkan langit....aku melihat mereka dari jauh....Melayu! astaghfirullah....!Ya Allah! apa nak jadi dengan anak2 melayu sekarang...? aku tersentak dan sangat2 terkejut dengan keadaan di tepi pantai di sana...semangat nk membaca mathurat dan bersuka2 bersama2 kawan, terus hilang entah mengapa....

apa yang ku lihat, terdapat ramai lelaki dan perempuan, tidur bergelimpangan di dataran2 yg ada di pantai tersebut...menyedihkan lg, ramai dan sangat ramai dikalangan mereka, siap menyewa hotel2 murah disana...

kami berjalan lg...mencari2 tempat yg sesuai untuk aktiviti kami....tak semudah yg kami rancang, pencarian tempat untuk kami menjalankan aktiviti memekan masa terlalu lama... lantaran mengelak anak2 Melayu muda mudi yg sedang tidur bergelimpangan di sana sini....

aku melihat ke sana ke sini...pandanganku tertumpu kepada beberapa buah khemah kecil yg ada di satu tempat...aku menoleh lg...hatiku bagai terhenti berdegup...MasyaAllah! lelaki dan perempuan tidur di dalam satu khemah! aku tak pernah tengok keadaan yg sebegitu sebelum ini.... aku doakan mereka semua yg berada di bawah satu khemeh itu, telah berkahwin...moga2 tekaanku tepat....cuba berhusnuzzan....aku harapkan tiada lg kejutan buat kami selepas ini sepanjang usaha mencari tempat...namun, sangkaanku sekali lg meleset...

disana....aku temui bnyak....sangat banyak botol2 dan tin2 minuman keras yg ditinggalkan di tepi2 pantai...merata2....ada yg tin yang bewarna hijau, coklat dan....sebagainya...aku tak berapa nampak sb dah tertimbus dengan pasir pantai..ada juga diantara mereka yg tidur sambil tin2 dan botol2 arak berselerak di tepi mereka..keadaan ini buat aku sedih bertambah sedih....

lebih kurang jam 7.30pg...kami temui tempat untuk menjalankan aktiviti...agak tersorok...agak jauh dari tempat kami parking kereta...hanya untuk mengelak kehadiran mereka2 yg sedang tidur di sepanjang kawasan tersebut....

sambil membaca mathiurat, ada diantara mereka y sebelumnya nyenyak tidur...dah pun bangun...berjalan2 ditepi pantai...bersama2 pasangan masing2, jalan berpimpin tangan sepanjang jalan.... sampai di depan tempat kami duduk membaca mathurat beramai2....mereka seolah2 pelik melihat kami...mungkin mereka tidak tahu apa yg kami sedang bc....mataku melirik ke arah mereka... sambil hati mendoakan, moga mereka adalah suami dan isteri...
tapi untuk botol2 dan tin2 arak yg bergelimpangan, aku tak mampu nak berhusnuzzan lg...aku terkejut...aku sangat2 terkejut....

sesudah membaca ma'thurat...kami beriadah bersama2...dan terus mengmbil keputusan untuk terus pulang ke tempat penginapan...

dalam fikiranku...aku teringatkan mereka semua yg menyambut ketibaan kami di pantai tadi...kalau di UIA, tempat yg baik....persekitaran yg baik...alhamdulillah...jarang terdengar masalah yg sebegini...menyedari hakikat masyakat diluar, aku yakin mereka memerlukan pentarbiyahan....patut lah orang selalu cakap, hidup diluar semakin mencabar....usrah dan da'wah juga begitu...aku yakin..aku yakin masih bnyk cabaran diluar sana yg menanti...apa2 pun, aku doakan semuanya yg kita usahakan demi agama ini, Allah berkati...ameen

No comments: